Kuliah: Jenazah Yang Berhutang
Lokasi: Menara Polo, Desa Pandan
Tarikh: 16/02/2011 - Selepas Isya'
Penyampai: Ustaz Hussain Yee

Kuliah berdasarkan daripada Kitab Shahih Muslim yang ditulis oleh Al-Imam Muslim dan diterbitkan oleh Klang Book Centre (KBC). Kuliah membincangkan hadith 1592, 1593 dan 1594 di mana merangkumi tajuk "Jenazah Yang Berhutang"

Hadith 1592
Dari Abu Hurairah r.a katanya: "Dibawa orang kepada Rasulullah saw, mayat seorang laki² yang punya hutang. Lalu beliau bertanya: "Adakah dia mempunyai harta untuk membayar hutangnya:" Jika dijawab dia mempunyai harta, beliau solatkan jenazahnya, dan jika dijawab dia tidak mempunyai harta, maka beliau bersabda, solatkanlah sahabatmu ini. Setelah Allah swt memberikan kemenangan demi kemenangan kepada beliau, beliau bersabda " Akulah yang lebih bertanggungjawab terhadap kaum muslimin daripada diri mereka sendiri. Maka siapa yang meninggal, sedangkan dia mempunyai hutang, maka kewajipan akulah membayarnya. Dan siapa yang meninggalkan harta warisan, harta itu untuk ahli warisnya.

Hadith 1593
Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi saw sabdanya: "Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, tidak seorang jua pun orang mukmin di muka bumi, melainkan akulah yang lebih bertanggungjawab terhadapnya. Maka siapa² di antara kamu sekalian yang mati meninggalkan hutang atau anak yang mungkin tersia-sia, akulah walinya. Dan siapa yang meninggalkan harta, bagi-bagikanlah kepada ahli warisnya yang ada"

Hadith 1594
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi saw sabdanya: "Siapa yang meninggalkan harta, maka harta itu untuk ahli warisnya, dan siapa yang meninggalkan keluarga yang tersia-sia, maka itu menjadi tanggungjawab kita"

Selain itu, kuliah juga menyentuh sedikit:
-Aqidah dan tauhid
-Mensyirikkan Allah
-Faraid
-kesempurnaan Iman

Soal Jawab:
-Hukum tatoo berbentuk "cross"

Playlist Version: http://www.youtube.com/view_play_list?p=560D02F61A7306AE

List:
1. http://www.youtube.com/watch?v=Xs2z-xVm06I
2. http://www.youtube.com/watch?v=7CXVnMK42oc
3. http://www.youtube.com/watch?v=Q4UZk1HMa_Y
4. http://www.youtube.com/watch?v=fEIRhgIBpN0
5. http://www.youtube.com/watch?v=I7YL3HJZBbo

Bagi sesiapa yg tiada software untuk download video dari youtube, boleh download guna cara ini.
Cara download: http://abuaqif.blogspot.com/2010/04/youtube-bagaimana-cara-nak-savedownload.html

Atau boleh download terus ceramah penuh di: http://www.2shared.com/video/Kx4tLudj/IMG_0549.html
File Size: 351,730 KB

Sumber: http://www.youtube.com/user/abuaqif


0 comments:

Post a Comment

 
Abu Aqif Blog © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger

Top