gravatar

Hubungan Rakyat Dengan Pemerintah

HUBUNGAN RAKYAT DENGAN PEMERINTAH

Abu Omar, Idris bin Sulaiman
Idrissulaiman@yahoo.com


1. TUNTUTAN SUPAYA UMAT ISLAM BERSATU & LARANGAN BERPECAH-BELAH

Firman Allah:

وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعاً وَلاَ تَفَرَّقُواْ

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (Agama Islam), dan jangan kamu bercerai-berai” (Surah: Al-Imraan, 103)

Firman Allah:

وَأَطِيعُواْ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَلاَ تَنَازَعُواْ فَتَفْشَلُواْ وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُواْ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbalah; kalau tidak nescaya kamu akan menjadi lemah dan kekuatan kamu akan hilang; dan bersabarlah; sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.” (Surah: Al-Anfaal, 46)

Firman Allah:

مِنَ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعاً كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

“Dan janganlah kamu tergolong dalam golongan orang-orang musyrikin. (Iaitu) mereka yang telah memecah-belahkan agama mereka dan menjadi berpuak-puak; setiap puak berbangga dengan apa yang ada padanya.” (Surah: Al-Rum, 31-32)

Firman Allah:

وَأَنَّ هَـذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيماً فَاتَّبِعُوهُ وَلاَ تَتَّبِعُواْ السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ذَلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Dan sesungguhnya inilah jalanKu yang lurus, maka turutilah ia; dan jangan kamu turuti jalan-jalan (yang selainnya), kerana ia (jalan-jalan itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah.” (Surah: Al-An’am, 153)


2. KEWAJIPAN BERSATU DI BAWAH SEORANG PEMERINTAH NEGARA

Firman Allah:

﴿ أَطِيعُوا اللهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأَمْرِ مِنْكُمْ ﴾

“Taatilah Allah dan taatilah Rasul serta ulil amri (pemerintah) daripada kalangan kamu.” (Surah: Al-Nisaa’, 59)

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam:

مَنْ أطَاعَنِي فَقَدْ أطَاعَ اللهَ، وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ عَصَى اللهَ، وَمَنْ يُطِعِ الأَمِيرَ فَقَدْ أطَاعَنِي، وَمَنْ يَعصِ الأميرَ فَقَدْ عَصَانِي

“Barangsiapa mentaatiku dia telah mentaati Allah, dan barangsiapa derhaka terhadapku dia telah derhaka terhadap Allah; dan barangsiapa yang mentaati pemerintahnya dia telah mentaatiku, dan barangsiapa yang derhaka terhadap pemerintahnya dia telah derhaka terhadapku.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam:

﴿ مَنْ رَأى مِنْ أمِيرِهِ شَيْئًا يَكْرَهُهُ فَلْيَصْبِرُ عَلَيْهِ فَإنَّهُ مَنْ فَارَقَ الجَمَاعَةَ شِبْرًا فَمَاتَ، إلا مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً ﴾

“Barangsiapa melihat sesuatu yang dibencinya pada pemerintahnya hendaklah dia bersabar terhadapnya; sesungguhnya barangsiapa yang keluar daripada jemaah (orang Islam) sebanyak sejengkal, lalu dia mati, dia telah mati dalam keadaan jahiliah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Mati dalam keadaan jahiliah bererti mati dalam kesesatan dan bukan jatuh kafir" (Ibnu Hajar, Fathulbari).


3. TAAT KEPADA PEMERINTAH WALAUPUN MEREKA TIDAK LAYAK

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam:

﴿اسْمَعُوا وَأَطِيعُوا وَإِنِ اسْتُعْمِلَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ حَبَشِيٌّ كَأَنَّ رَأْسَهُ زَبِيبَةٌ﴾

“Hendaklah kamu dengar dan taat walaupun kamu diperintah oleh seorang hamba Habsyi yang (rambut) kepalanya umpama (buah) kismis.” (Riwayat Bukhari)


4. TAAT KEPADA PEMERINTAH WALAUPUN MEREKA ZALIM

Seperti tidak berhukum dengan hukum Allah, menyeleweng, rasuah, mengaut harta kekayaan negara, sekular ataupun membunuh rakyat (sebagaimana yang dilakukan oleh Al-Hajjaj bin Yusof pada zaman Ibnu Omar t & Al-Makmun, Al-Muktasim dan Al-Wathiq pada zaman Imam Ahmad bin Hanbal.

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam:

سَأَلَ سَلَمَةُ بْنُ يَزِيدَ الْجُعْفِيُّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا نَبِيَّ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ قَامَتْ عَلَيْنَا أُمَرَاءُ يَسْأَلُونَا حَقَّهُمْ وَيَمْنَعُونَا حَقَّنَا فَمَا تَأْمُرُنَا فَأَعْرَضَ عَنْهُ ثُمَّ سَأَلَهُ فَأَعْرَضَ عَنْهُ ثُمَّ وَقَالَ اسْمَعُوا وَأَطِيعُوا فَإِنَّمَا عَلَيْهِمْ مَا حُمِّلُوا وَعَلَيْكُمْ مَا حُمِّلْتُمْ

“Salamah bin Yazid Al-Ju’fi t bertanya kepada Rasulullah r dan berkata: Wahai Nabi Allah, bagaimana sekiranya kami diperintah oleh pemerintah yang meminta hak mereka tetapi tidak memberi hak kami. Apa yang patut kami lakukan? Baginda berpaling daripadanya. Dia bertanya lagi, lalu Rasulullah bersabda, “Hendaklah kamu dengar dan patuh, mereka akan memikul tanggungjawab mereka dan kamu akan memikul tanggungjawab kamu.” (Riwayat Muslim)

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam:

﴿ يَكُونُ بَعْدِي أَئِمَّةٌ لا يَهْتَدُونَ بِهُدَايَ وَلا يَسْتَنُّونَ بِسُنَّتِي وَسَيَقُومُ فِيهِمْ رِجَالٌ قُلُوبُهُمْ قُلُوبُ الشَّيَاطِينِ فِي جِثْمَانِ إِنْسٍ ﴾ قَالَ حُذَيْفَةَ : قُلْتُ : كَيْفَ أصْنَعُ يَا رَسُولُ اللهِ إِنْ أَدْرَكْتُ ذَلِكَ ؟ قَالَ ﴿ تَسْمَعْ وَتُطِيعَ الأمِيرِ وَإِنْ ضَرَبَ ظَهْرَكَ وَأَخَذَ مَالَكَ فَاسْمَعْ وَأَطِعْ﴾

“Setelah pemergianku akan ada pemerintah yang tidak beramal dengan petunjukku mahupun dengan Sunnahku, dan akan ada di kalangan mereka lelaki yang hati mereka (seperti) hati syaitan dalam badan manusia.” Berkata Huzaifah (perawi hadis): Saya bertanya: Apa yang perlu aku lakukan sekiranya aku berdepan dengannya? Sabda Baginda: “Engkau dengar dan patuh terhadap pemerintah walaupun dia memukul belakangmu dan mengambil hartamu. Kamu dengar dan patuh.” (Riwayat Muslim)

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam:

﴿ ألا مَنْ وُلِيَ عَلَيْهِ وَالٍ، فَرَآهُ يَأتِي شَيْئاً مِنْ مَعْصِيَةِ اللهِ، فَلْيَكْرَه مَا يَأتِي مِنْ مَعْصِيَةِ اللهِ، وَلا يَنْزَعَنَّ يَداً مِنْ طَاعَة ﴾

“Barangsiapa daripada kalangan kamu yang diperintah oleh pemerintah yang dilihat melakukan hal-hal kemaksiatan, maka hendaklah dia membenci kemaksiatan itu dan jangan (pula) dia menarik tangan ketaatannya.” (Riwayat Muslim)

5. TIDAK ADA APA JUA ALASAN MEMBOLEHKAN MENENTANG KERAJAAN

Walaupun undang-undang manusia (taghut) membenarkan; atas alasan amar makruf nahi mungkar, menghalang/menentang kezaliman, ingin islah (melakukan pembaikan) dan seumpamanya.

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam:

﴿مَنْ خَلَعَ يَداً مِنْ طَاعَةٍ لَقِيَ اللهَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلا حُجَّةَ لَهُ ، وَمَنْ مَاتَ وَلَيْسَ في عُنُقِهِ بَيْعَةٌ ، مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً﴾

“Barangsiapa yang menarik tangan ketaatannya, dia akan bertemu Allah tanpa alasan, dan barangsiapa yang mati tanpa bai’ah (sumpah taat setia kepada pemerintah) di lehernya, dia telah mati dalam keadaan jahiliah.” (Riwayat Muslim)


6. KETAATAN HANYA DALAM PERKARA MAKRUF

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam:

﴿عَلَى المَرْءِ الْمُسْلِمِ السَّمْعُ والطَّاعَةُ فِيمَا أحَبَّ وكَرِهَ ، إلا أنْ يُؤْمَرَ بِمَعْصِيةٍ ، فَإنْ أُمِرَ بِمَعْصِيةٍ فَلا سَمْعَ وَلا طَاعَةَ ﴾

“Wajib atas seorang Muslim untuk mendengar dan patuh dalam perkara yang disukai dan yang dibenci, kecuali jika disuruh melakukan maksiat; sekiranya disuruh melakukan maksiat maka tidak ada ketaataan (dalam hal kemaksiatan itu).” (Riwayat Muslim)


7. LARANGAN MENGEJI PEMERINTAH

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam:

﴿ مَنْ أهانَ سُلطَانَ اللهِ في الأرْضِ أَهَانَهُ الله ﴾

“Barangsiapa yang menghina pemerintah (yang dilantik) Allah di atas muka bumi, Allah akan menghina dia.” (Hadis Hasan, Riwayat Al-Tirmizi)

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam:

لاَ تَسُبُّوا أُمَرَاءَكُمْ وَلاَ تَغِشُّوهُمْ وَلاَ تُبْغِضُوْهُمْ وَاتَّقُوا اللهَ وَاصْبِرُوا فَإِنَّ الأَمْرَ قَرِيبٌ

"Janganlah kalian mencela pemimpin kalian, jangan pula berbuat curang dan membenci mereka. Bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah, karena sesungguhnya urusan itu dekat" (Hadits shahih, Riwayat Ibnu Abi Ashim)

Berkata Abu Al-Dardaa’:

“Sesungguhnya tanda awal kemunafikan seseorang itu adalah dengan dia mengeji pemerintahnya.” (Riwayat Muslim)


8. TIDAK MEMBUKA AIB MEREKA DI KHALAYAK RAMAI

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam:

مَنْ أَرَادَ أَنْ يَنْصَحَ لِذِي سُلْطَانٍ فَلَا يُبْدِهِ عَلَانِيَةً، وَلَكِنْ يَأْخُذُ بِيَدِهِ فَيَخْلُوا بِهِ، فَإِنْ قَبِلَ مِنْهُ فَذَاكَ، وَإِلَّا كَانَ قَدْ أَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ

“Barangsiapa ingin menasihati pemerintah maka janganlah dia melakukannya secara terbuka, sebaliknya hendaklah dia mengambil tangannya (pemerintah itu) dan (menasihatnya secara) tertutup; sekiranya dia menerimanya maka itu yang diinginkan dan jika tidak, maka dia telah menunaikan tanggungjawabnya.” (Riwayat Ibnu Abi Al-Asim dalam Kitab Al-Sunnahnya. Disahihkan oleh Sy. Albani)


9. WAJIB MEMPERTAHANKAN PEMERINTAH

Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wassalam:

﴿إِنَّهُ سَيَكُونُ هَنَاتٌ وَهَنَاتٌ فَمَنْ أَرَادَ أَنْ يُفَرِّقَ أَمْرَ هَذِهِ الْأُمَّةِ وَهِيَ جَمِيعٌ فَاضْرِبُوهُ بِالسَّيْفِ كَائِنًا مَنْ كانَ﴾

“Akan timbul kerosakan dan kejahatan, maka barangsiapa yang ingin memecah-belahkan perpaduan Umat ini, hendaklah kamu memenggalnya dengan pedang walau sesiapapun dia.” (Riwayat Muslim)


10. KENYATAAN PARA ULAMA

Berkata Imam Ahmad r.h:

وَمَنْ خَرَجَ عَلى إِمَامٍ مِنْ أَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَقَدْ كَانُوا اجْتَمعُوا عَلَيْهِ وَأقَرُّوا بِالخِلافَةِ بِأَيّ وَجْهٍ كَانَ بِالرِّضَا أَو الْغَلَبَة فَقَدْ شَقَّ هَذَا الْخَارِجُ عَصَا الْمُسْلِمِينَ وَخَالَفَ الْآثَارُ عَنْ رَسُولِ اللهِ فَإِنْ مَاتَ الْخَارِجُ عَلَيْهِ مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً

“Barangsiapa keluar menentang pemerintah orang Islam yang telah dipersetujui dan telah dilantik menjadi khalifah dengan apa jua cara; sama ada dengan redha atau terpaksa; sesungguhnya orang yang menentang itu telah keluar dari jemaah orang Islam serta menyelisihi Sunnah Rasulullah, dan sekiranya dia mati, dia mati dalam keadaan jahiliah.” (Usul Al-Sunnah oleh Imam Ahmad)

Berkata Imam Al-Nawawi r.h:

لَا تُنَازِعُوا وُلَاةَ الْأُمُورَ فِي وِلَايَتِهِمْ وَلَا تَعْتَرِضُوا عَلَيْهِمْ إِلَّا أَنْ تَرَوْا مِنْهُمْ مُنْكَرًا مُحَقَّقًا تَعْلَمُونَهُ مِنْ قَوَاعِدِ الْإِسْلَامِ فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَأَنْكِرُوهُ عَلَيْهِمْ وَقُولُوا بِالْحَقِّ حَيْثُ مَا كُنْتُمْ ، وَأَمَّا الْخُرُوجُ عَلَيْهِمْ وَقِتَالُهُمْ فَحَرَامٌ بِإِجْمَاعِ الْمُسْلِمِينَ وَإِنْ كَانُوا فَسَقَةً ظَالِمِينَ وَقَدْ تَظَاهَرَتِ الْأَحَادِيثُ بِمَعْنَى مَا ذَكَرْتُهُ وَأَجْمَعَ أَهْلُ السُّنَّةِ أَنَّهُ لَا يَنْعَزِلُ السُّلْطَانُ بِالْفِسْقِ

“Jangan kamu menyelisihi pemerintah dalam urusan pemerintahan mereka dan jangan kamu membangkang mereka, kecuali jika kamu melihat suatu kemungkaran yang pasti berdasarkan kaedah-kaedah Islam. Jika kamu melihat begitu, hendaklah kamu mengingkarinya serta berkata yang hak di mana jua kamu berada. Adapun menentang mereka serta memerangi mereka, ia adalah haram menurut ijmak (persepakatan) Umat Islam walaupun mereka fasik dan zalim. Hadis-Hadis cukup jelas dalam hal ini dan Ulama Ahli Sunnah telah ijmak (sepakat) bahawa pemerintah tidak boleh diturunkan dengan hanya kerana kefasikan mereka.” (Syarah Sahih Muslim oleh Imam Al-Nawawi)


وَصلَّى الله عَلى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّم

Kajang, 24 Mac 2012
Idrissulaiman@yahoo.com

gravatar

Fatwa Syeikh Bin Baz-rahimahullah- berkenaan mimpi melihat Nabi -sallallahu`alaihiwasallam-


Soalan: Ramai dikalangan ulama kita mengatakan bahawasanya merupakan daripada kemungkinan bahawasanya boleh melihat Rasulullah -sallallahu`alaihiwasalam- di dalam mimpi dan bahawasanya melihat baginda di dalam mimpi ialah suatu hakikat, kerana sesungguhnya syaitan-syaitan tidak boleh menyerupai keperibadian Rasulullah -sallallahu`alaihiwasallam-, adakah akidah seperti ini merupakan suatu kesyirikan atau tidak?

Jawapan:

Perkataan ini merupakan suatu kebenaran dan merupakan daripada akidah kaum muslimin, dan tidak ada padanya kesyirikan, kerana sesungguhnya telah thabit daripada Nabi-sallallahu`alaihiwasallam- bahawasanya baginda bersabda: " Sesiapa yang melihatku di dalam mimpi, maka sesungguhnya dia telah melihatku kerana sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupai rupaku" disepakati akan keshahihannya.Maka hadith ini shahih, menunjukkan bahawasanya baginda sallallahu`alaihiwasallam  boleh dilihat di dalam mimpi dan bahawasanya sesiapa yang melihat baginda dalam rupanya yang makruf maka sesungguhnya dia telah melihatnya kerana sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupai rupanya,akan tetapi ianya tidak melazimi daripada keadaan tersebut orang yang melihat merupakan orang yang soleh,dan tidak boleh berpegang dengannya dalam sesuatu perkara yang bercanggah dengan apa yang diketahui daripada syariat, bahkan wajib mengembalikan apa yang didengari oleh orang yang melihatnya dalam mimpi daripada Nabi berupa perintah-perintah, larangan-larangan,atau khabar atau selain dari perkara tersebut daripada apa yang orang yang melihatnya mendengarnya atau melihatnya daripada Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam kepada Kitab dan Sunnah yang shahih,maka apa yang menepati salah satu daripadanya maka diterima, apa yang menyelisihinya atau salah satu daripadanya ditinggalkan kerana Allah subhanah telah menyempurnakan bagi umat ini agamaNya, dan telah mencukupkan kepadanya nikmat(islam) sebelum kewafatan Nabi sallallahu`alaihiwasallam, maka tidak boleh menerima daripada seseorang pun daripada manusia apa yang menyalahi apa yang diketahui daripada syariat Allah dan agamaNya,sama ada hal tersebut datang melalui jalan mimpi atau selainnya,dan perkara ini merupakan ijmak dikalangan ahli ilmu yang diambil kira (ilmu dan kedudukan) mereka,adapun sesiapa yang melihat baginda `alaihissalam bukan dalam rupanya maka sesungguhnya mimpinya itu adalah dusta, seperti dia melihat amrad yang tidak ada janggut padanya, atau dia melihat hitam warnanya, atau apa yang seperti hal tersebut daripada sifat-sifat yang menyalahi sifatnya sallallahu`alaihiwasallam, hal ini kerana baginda sallallahu`alaihiwasallam bersabda: " Maka sesungguhnya syaitan tidak boleh menyerupai rupaku" maka hadith tersebut menunjukkan bahawasanya syaitan kadang-kadang boleh menyerupai rupa yang bukan rupanya `alaihi solatu wassalam dan dia mendakwa bahawasanya dia ialah Rasul sallallahu`alaihiwasallam bertujuan untuk menyesatkan manusia dan melakukan penyamaran (putar-belit) ke atas mereka.

Kemudian bukan semua yang mendakwa mimpinya melihat baginda-sallallahu`alaihiwasallam- ialah orang yang benar, adapun diterima dakwaan tersebut daripada orang-orang yang dipercayai yang dikenali dengan kebenaran dan istiqamah di atas syariat Allah subhanah, dan sesungguhnya yang melihat baginda sallallahu`alaihiwasallam semasa hidupnya terdiri daripada kaum-kaum yang ramai namun mereka tidak masuk islam dan ianya tidak memberi manfaat kepada mereka seperti Abu Jahal, Abu Lahab dan `Abdullah bin Ubai bin Salul ketua kaum munafiqin dan selain dari mereka, maka rukyah (mimpi melihat) baginda dalam tidur `alaihi solatu wasallam lebih aula.

terjemahan: Abul Hussein


Sumber: http://www.binbaz.org.sa/mat/1670
Credit to: Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi

gravatar

Teks Khutbah Jumaat - Ustaz Fathul Bari - 06/01/2012



Khutbah Jumaat – 6 Januari 2012
Disampaikan oleh: Al-Fadhil Al-Ustaz Abu Islam Fathul Bari -hafizhahullah-

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh,

إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ, نَحْمَدُهُ, وَنَسْتَعِينُهُ, وَنَسْتَغْفِرُهُ, وَنَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا, وَسَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا.
مَنْ يَهْدِهِ اللَّهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ, وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ, وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ, وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ.
يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ الَّذِي خَلَقَكُمْ مِنْ نَفْسٍ وَاحِدَةٍ وَخَلَقَ مِنْهَا زَوْجَهَا وَبَثَّ مِنْهُمَا رِجَالاً كَثِيرًا وَنِسَاءً وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي تَسَاءَلُونَ بِهِ وَالأََرْحَامَ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَيْكُمْ رَقِيبًا.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلاً سَدِيدًا يُصْلِحْ لَكُمْ أَعْمَالَكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ فَازَ فَوْزًا عَظِيمًا.
أَمَّا بَعْدُ:
فَإِنَّ  أصدق الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ, وَخَيْرَ الْهَدْيِ هَدْيُ مُحَمَّدٍ, وَشَرَّ الأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا, وَكُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ, وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ, وَكُلُّ ضَلاَلَةٍ فِي النَّارِ.

Sidang Jumaat yang dikasihi dan dirahmati Allah Subhanahu wa Ta’ala sekalian,

Marilah kita bersama-sama pada hari ini bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan meningkatkan keimanan kita, dengan meningkatkan praktik amalan kita sebagai hamba Allah Subhanahu wa Ta’ala di atas muka bumi ini bersesuaian dengan wasiat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam kepada Irbadh Ibnu Sariyah di dalam hadis yang masyhur yang diriwayatkan oleh Abu Dawud di dalam Kitab Sunan-nya. Perkataan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam selepas solat Subuh, apabila baginda menyampaikan beberapa perkataan yang mana perkataan-perkataan tersebut dilihat oleh para sahabat radhiyallahu ‘anhum ajma’in seperti nasihat-nasihat yang terakhir daripada baginda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka para sahabat radhiyallahu ‘anhum ajma’in meminta daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan beberapa kalimah dan wasiat untuk mereka meneruskan kehidupan mereka sebagai hamba Allah ‘Azza wa Jalla di atas muka bumi ini. Maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

أُ((أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ عَبْدًا حَبَشِيًّا فَإِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ بَعْدِي فَسَيَرَى اخْتِلَافًا كَثِيرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الْمَهْدِيِّينَ الرَّاشِدِينَ تَمَسَّكُوا بِهَا وَعَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ فَإِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ)) ِ

Maksudnya: “Aku wasiatkan kepada kalian agar bertakwa kepada Allah, mendengar dan mentaati pemerintah, sekalipun yang menjadi pemerintah itu adalah hamba ‘abdi Habsyi (yang berkulit hitam). Maka sesungguhnya, sesiapa yang masih hidup di antara kalian selepasku akan melihat perselisihan yang banyak, maka berpegang teguhlah dengan Sunnahku dan Sunnah Khulafaa Ar-Rasyidin yang mendapat petunjuk. Peganglah erat-erat dan gigitlah dia dengan gigi geraham kalian. Dan jauhilah oleh kalian setiap perkara yang baru (dalam agama), karena sesungguhnya setiap perkara yang baru itu adalah bid‘ah, dan setiap bid‘ah itu adalah sesat.’"

Maka wasiat Nabi kepada kita yang perlu kita berikan fokus di dalam hal ini adalah agar kita kembali bertaqwa kepada Allah ‘Azza wa Jalla, dan agar kita melazimi dan menetapi petunjuk Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam di saat perpecahan dan perselisihan berlaku akhir-akhir ini.

Sidang Jumaat yang dikasihi dan dirahmati Allah Subhanahu wa Ta’ala sekalian,

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman di dalam al-Quran di dalam surah An-Nur ayat 51-52,

} إِنَّمَا كَانَ قَوْلَ الْمُؤْمِنِينَ إِذَا دُعُوا إِلَى اللهِ وَرَسُولِهِ لِيَحْكُمَ بَيْنَهُمْ أَن يَّقُولُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا وَأُوْلاَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ {51} وَمَن يُطِعِ اللهَ وَرَسُولَهُ وَيَخْشَ اللهَ وَيَتَّقِهِ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَآئِزُونَ {52}

Maksudnya: “Sesungguhnya ciri-ciri orang yang beriman ini adalah apabila mereka diseru kepada Allah dan rasul-Nya untuk berhukum dengannya, maka mereka akan berkata ‘Kami dengar dan kami taat’ dan mereka itulah sebenarnya manusia yang telah berjaya. Dan sesungguhnya sesiapa yang mentaati Allah dan mentaati rasul, takut dia kepada Allah, bertaqwa dia kepada Allah, maka itulah sebenarnya orang yang sangat-sangat berjaya di atas muka bumi.”

Ayat Al-Quran ini dengan jelas menunjukkan kepada kita betapa tingginya kedudukan orang yang mentaati wahyu, betapa tingginya kedudukan mereka-mereka yang memuliakan kalamullah ‘Azza wa Jalla dan memuliakan petunjuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, yang mungkin boleh kita ringkaskan sebagai perkataan As-Sunnah.

Memuliakan As-Sunnah 

Mengapa kita katakan wahyu itu adalah As-Sunnah. Mengapa kita katakan Al-Quran itu juga termasuk sebahagian daripada As-Sunnah. Kerana sepertimana yang diulas oleh ulama hadis yang besar, yang bernama Ibnu Hajar al-Atsqalani (wafat 852 H) beliau memberikan takrifan Sunnah seperti berikut;

Maksudnya: “Yang diertikan dengan sunnah adalah sesuatu yang diriwayatkan daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berupa perkataan baginda, perbuatan baginda, pengakuan baginda, sifat baginda ataupun ciptaan Allah Subhanahu wa Ta’ala ke atas diri baginda Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.”

Maka apabila Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menyampaikan kepada kita Al-Quran, hadis-hadis baginda Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, kesemuanya diertikan oleh para ulama’ terdahulu sebagai As-Sunnah. Sepertimana yang diulas panjang oleh Al-Imam Al-Barbahari yang menulis satu kitab yang agung (Syarhu As-Sunnah) beliau mengatakan bahawasanya, الإسلام هو السنة والسنة هي الإسلام

Maksudnya: “Islam itu adalah as-sunnah, dan sunnah itu adalah Al-Islam.”

Kerana kita mengambil Al-Quran dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dilantik oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala, dan Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memerintah kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam untuk menyampaikan agama ini.

Sepertimana yang Allah Subhanahu wa Ta’ala nyatakan di dalam surah Al-Maidah, maksudnya “Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang telah Tuhanmu turunkan kepadamu, jika tidak kamu tidak akan dikategorikan sebagai orang yang melaksanakan tanggungjawab yang telah dipertanggungjawabkan ke atasmu.”

Sidang Jumaat yang dikasihi dan dirahmati Allah Subhanahu wa Ta’ala sekalian,

Oleh itu, apakah tanggungjawab kita kepada wahyu ini, apakah tanggungjawab kita kepada As-Sunnah ini, tidak lain dan tidak bukan adalah mendengar dan mentaatinya, mengikutinya, menjadikan ia sebahagian daripada kehidupan kita, mencintainya, menyanjunginya lebih tinggi daripada perkataan-perkataan manusia, daripada perkataan sesiapa pun, daripada ideologi sesiapa pun. Benarlah firman Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam Al-Quran, sebagaimana yang termaktub di dalam Surah al-Ahzab ayat 36,

} وَمَاكَانَ لِمُؤْمِنٍ وَلاَمُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللهُ وَرَسُولَهُ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ الْخِيَرَةَ مِنْ أَمْرِهِمْ وَمَن يَعْصِ اللهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ ضَلاَلاً مُّبِينًا {36}

Maksudnya: “Tidak layak bagi seorang mukmin dan mukminah itu, apabila telah datang urusan (ketentuan) dari Allah dan rasul-Nya, mereka memiliki urusan yang lain.........”

yang mana sewajarnya sebagai seorang yang beriman kepada Allah, sebagai seorang yang mencintai Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam, apabila datang ketentuan daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala, apabila datang ketentuan Rasul Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dia menerimanya dengan penuh ketaatan, dengan penuh ketundukan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Allah Subhanahu wa Ta’ala menjelaskan juga di dalam surah Al-Hujuraat ayat 1,

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لاَتُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيِ اللهِ وَرَسُولِهِ وَاتَّقُوا اللهَ إِنَّ اللهَ سَمِيعٌ عَلِيمُُ {1}

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, jangan sekali-kali kamu mendahulukan sesuatu pun melebihi (kalam) Allah Azza wa Jalla dan (melebihi petunjuk) Rasul-Nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam....”

Allah Subhanahu wa Ta’ala juga menyatakan di dalam surah An-Nisaa,

Maksudnya: “Dan demi Tuhanmu, tidaklah dikategorikan seseorang itu sebagai seorang yang beriman sehingga dia menjadikan engkau wahai Muhammad sebagai petunjuk untuk dia berhukum dengan sesuatu perkara, kemudian dia mengikut petunjukmu, menerima pendapatmu, menerima perkataan-perkataanmu wahai Muhammad tanpa sebarang rasa berat, dan dia menerima dengan hati yang penuh sejahtera.”

Ini adalah tuntutan agama, ini adalah ciri-ciri mereka yang mentaati Allah dan mentaati Rasul Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Ini juga merupakan ciri-ciri manusia yang cintakan perpaduan dan benci kepada sebarang bentuk perpecahan. Benarlah firman Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam surah An-Nisaa,

Maksudnya: “Dan sesiapa yang telah menderhakai Rasul setelah datang kepada mereka petunjuk dan mereka memilih jalan selain jalan-jalan orang yang beriman, Allah Subhanahu wa Ta’ala sudah pasti akan membuka laluan kepada mereka, Allah berikan kepada mereka jalan yang mereka pilih. Akan tetapi pasti tempat kembali mereka adalah neraka Allah Subhanahu wa Ta’ala, dan sesungguhnya neraka adalah seburuk-buruk tempat kembali.”

Sahabat Nabi Mendahulukan Petunjuk Nabi

Kita lihat, bagaimana petunjuk daripada para sahabah radhiyallahu ‘anhum ajma’in, betapa mereka mendahulukan perkataan Nabi, betapa mereka mendahulukan petunjuk Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, antara contohnya, daripada ‘Imran bin Husain radhiyallahu ‘anhu apabila beliau memperkatakan tentang hadis Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim dalam kitab sahihnya, kata Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Al-hayaa-u kullu khair”

Maksudnya: “Sesungguhnya malu itu semuanya merupakan perkara baik.”

Tiba-tiba berkata seorang lelaki yang berada di dalam majlis tersebut bersama-sama dengan ‘Imran ibnu Husain, kata lelaki tersebut, maksudnya: “Sesungguhnya kami mendapati di dalam kata-kata hikmah perkataan seperti ini dan perkataan seperti itu (berlainan daripada perkataan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam).”

Yakni (yang dimaksudkan adalah) perkataan Musyaid bin Ka’ab yang memberikan pendapat beliau, “sesungguhnya malu itu ada baiknya dan ada buruknya.”

‘Imran ibnu Husain (setelah dia mendengar perkataan Musyaid ibnu Ka’ab) berkata, maksudnya: “Apakah tidak kamu mendengar aku menyebutkan kepada kamu perkataan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bahawa sesungguhnya malu itu semuanya baik sedangkan kamu berani untuk menyelisihinya.”

Ini merupakan perkataan sahabah, generasi yang mencintai Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, generasi yang mendahulukan perkataan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam di dalam kehidupan mereka, di dalam tindakan mereka, bahkan di dalam perkataan-perkataan mereka.

Sikap Abdullah bin Abbas dan Anak Muridnya Thawus bin Kaisan 

Begitu juga kita lihat daripada Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma apabila datang seorang tokoh besar tabi’in yang bernama Thawus ibnu Kaisan. Apabila berkata Thawus ibnu Kaisan, “Sesungguhnya aku ingin menunaikan solat selepas Asar dua rakaat.” Maka berkata Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, “Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang kita bersolat dua rakaat selepas daripada ‘Asar.” Akan tetapi kata Thawus ibnu Kaisar, “Wallahi, sa-ushalli (Demi Allah, aku akan solat).” Maka Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma membacakan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam surah Al-Ahzab yang telah dibacakan tadi, maksudnya:

“Tidak layak bagi seorang mukmin dan mukminah itu, apabila telah datang ketetapan dari Allah dan Rasul, mereka memiliki pilihan selain daripada apa yang telah ditetapkan tersebut.”

Maka Thawus ibnu Kaisan menarik semula perkataanya.

Begitu juga dengan Sa’id ibnu al-Musayyib, seorang tabi’in yang besar, apabila menegur seorang lelaki yang menunaikan solat sehingga lebih dua rakaat sesudah solat subuh, maka beliau berkata kepada lelaki tersebut, “Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang kita daripada solat selepas daripada solat subuh.” Maka berkata lelaki ini, “Adakah Allah Subhanahu wa Ta’ala akan menyiksaku kerana solatku?” Kata Sa’id ibnu al-Musayyib, “Allah Subhanahu wa Ta’ala akan siksa kamu kerana menyelisihi petunjuk Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.” Beliau lantas membacakan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, maksudnya:

“Maka hendaklah kamu menjauhi urusan-urusan yang menyelisihi petunjuknya dari petunjuk Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam, dibimbangi penyelisihan tersebut akan membawa fitnah dan akan mendatangkan azab yang sangat-sangat pedih.”

Maka ini merupakan sikap para ulama terdahulu, sikap para sahabah, sikap para tabi’in. Bagaimana pula sikap imam-imam kita, bagaimana sikap Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullahu Ta’ala, bagaimana sikap Imam-imam agung yang lain?

Perkataan Imam Syafi’i yang sangat masyhur, maksudnya: “Telah berijma’ (bersepakat) seluruh umat Islam bahawa bagi sesiapa yang telah jelas baginya sunnah-sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, haram baginya untuk meninggalkan sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam kerana perkataan-perkataan seseorang.”

Wallahu a’lam.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakaatuh.

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد


Sidang Jumaat yang dikasihi dan dirahmati Allah Subhanahu wa Ta’ala sekalian,

Sebentar tadi kita menjelaskan tentang petunjuk Nabi, kedudukan As-Sunnah di sisi umat Islam, kedudukan wahyu di sisi umat Islam yang wajib kita taati, yang wajib kita patuhi. Walaubagaimanapun perlu kita ketahui bahawasanya wahyu yang Allah Subhanahu wa Ta’ala wahyukan kepada kita melalui Nabi kita shallallahu ‘alaihi wa sallam, di sana terdapat metodologinya, di sana terdapat prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah untuk kita memahaminya. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam Al-Quran pada menjelaskan kedudukan para sahabah radhiyallahu ‘anhum ajma’in,

} وَالسَّابِقُونَ اْلأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَاْلأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا اْلأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَآ أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ {100}

“Dan sesungguhnya manusia-manusia yang mendahului kamu, generasi-generasi yang terawal yang baik lagi mulia dari kalangan Muhajirin dan Anshar, dan generasi yang mengikuti mereka dengan baik, sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta’ala redha kepada mereka, dan mereka redha kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.” [Surah At-Taubah : 100]

Mengapa dibacakan ayat ini, mengapa diperjelaskan tentang kedudukan para sahabah radhiyallahu ‘anhum ajma’in, tidak lain dan tidak bukan untuk memastikan adakah cara kita memahami agama, adakah cara kita berpegang dengan agama sesuai dengan perjalanan para sahabah, sesuai dengan perjalanan generasi yang Allah Subhanahu wa Ta’ala redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Teliti amalan kita, teliti wahyu-wahyu yang kita baca, teliti wahyu-wahyu yang kita amalkan dan praktikkan sesuai atau tidak dengan petunjuk dan penjelasan para sahabat Nabi radhiyallahu ‘anhum ajma’in yang sudah semestinya seperti yang diulas oleh Al-Imam Asy-Syathibi, seperti yang diulas oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah, seperti yang diulas oleh Al-Imam An-Nawawi, Ibnu Rajab Al-Hanbali, dan seluruh ulama-ulama Islam terdahulu yang meletakkan kedudukan sahabat Nabi adalah di tempat yang tertinggi untuk kita memahami agama, untuk kita berpegang dengan agama, untuk kita memastikan kita mempraktikkan agama dengan cara yang benar.

Sidang Jumaat yang dikasihi dan dirahmati Allah Subhanahu wa Ta’ala sekalian,

Sesungguhnya Abdullah Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu menceritakan kepada kita tentang kedudukan sahabat Nabi, kata beliau:

“Barangsiapa yang ingin mengikuti petunjuk Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka ikutilah para sahabat Nabi radhiyallahu ‘anhum ajma’in. Sesungguhnya mereka merupakan ummat yang paling suci, bersih, murni hati-hati mereka, dan mereka merupakan generasi yang paling dalam (mantap) ilmu mereka, dan mereka juga merupakan generasi yang sangat mudah dalam memahami agama Allah Subhanahu wa Ta’ala, mereka juga merupakan generasi yang keadaan mereka, zaman mereka merupakan zaman yang terbaik, mereka juga merupakan generasi yang terdahulu dalam mengikuti petunjuk Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Mereka adalah manusia yang Allah Subhanahu wa Ta’ala pilih untuk menjadi sahabat-sahabat Nabi radhiyallahu ‘anhum ajma’in. Dan ketahuilah kelebihan-kelebihan mereka pada petunjuk-petunjuk yang mereka tinggalkan, dan ikutilah pendapat-pendapat dan perkataan-perkataan mereka.”

Ini pesanan sahabat Nabi radhiyallahu ‘anhum ajma’in, kita perlu teliti amal perbuatan kita, kita perlu teliti aqidah kita, kita perlu teliti ibadat kita, kita perlu teliti akhlak kita, sesuai atau tidak dengan petunjuk para sahabah radhiyallahu ‘anhum ajma’in. Kerana pada hari ini, apa yang paling kita bimbangi adalah manusia, mereka memahami Al-Quran dengan akal mereka sendiri, mereka memahami Al-Quran dengan emosi mereka sendiri, mereka mentafsirkan Al-Quran dengan nafsu mereka, mereka memanfaatkan Al-Quran dan menggunakan hadis-hadis Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk tujuan-tujuan penyelewengan, yakni untuk menyelewengkan manusia daripada memahami agama yang benar.

Maka perlu kita kembali kepada petunjuk para sahabah radhiyallahu ‘anhum ajma’in.


قال الله عز وجل في كتاب العزيز،
 إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيماً  [الأحزاب:56

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ, اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَ لِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِاْلإِيمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلاَّ لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوفٌ رَحِيمٌ
رَبَّنَا لا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْراً كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلا تُحَمِّلْنَا مَا لا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ, وَأَقِمِ الصَّلاَةَ


disalin oleh Nurul Izaati Ishak
disemak dan disunting oleh Abu Abdillah Riduan Khairi

gravatar

Risalah Syaikh Abdul Mohksin al-Abbad: Antara Musibah Syeikh Al-Qardhawi Adalah Seruannya Ke Arah Meruntuhkan Akhlak Wanita di Negara Dua Tanah Suci

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang


Antara Musibah Syeikh Al-Qardhawi Adalah Seruannya Ke Arah
Meruntuhkan Akhlak Wanita di Negara Dua Tanah Suci
Terjemahan: Abu Omar, Idris bin Sulaiman

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat Allah, SalamNya dan BerkatNya ke atas hamba dan RasulNya, Nabi kita Muhammad, keluarganya dan para Sahabatnya.

Saya telah membaca surat Syeikh Yusof Al-Qardhawi kepada Khadam Dua Masjid Suci Raja Abdullah bin Abdul Aziz – semoga Allah menjaganya serta memberinya petunjuk kepada apa yang diredaiNya – tentang keanggotaan wanita dalam Majlis Al-Syura serta pencalonan dan penyertaan mereka dalam keanggotaan majlis-majlis perbandaran yang telah disiarkan di laman-laman web. Komen saya terhadap kandungan surat ini adalah seperti berikut:

1.    Beliau berkata dalam suratnya, “Wajah-wajah orang Islam telah tersenyum, hati-hati mereka yang beriman telah terbuka dan kami di samping ramai yang lain telah gembira dengan ucapan Tuanku yang bijaksana serta pandangan Tuanku yang tepat untuk membenarkan wanita dicalonkan di semua majlis-majlis perbandaran, daerah dan Majlis Al-Syura.”

Saya tegaskan bahawa mereka yang sebenarnya tersenyum gembira adalah orang-orang Barat dan pengikut-pengikut mereka. Mereka ini telah mendahului            Syeikh Al-Qardhawi dalam mengalu-alukan keputusan ini seperti mana yang telah dilaporkan oleh pihak media. Adapun majoriti masyarakat Arab Saudi yang komited untuk menjaga kehormatan wanita, yang ingin melihat agar kaum wanita mereka terus terjaga maruahnya serta dijauhkan daripada semua sebab yang boleh membawa kepada fitnah sama ada terhadap kaum wanita itu sendiri atau kaum lelaki, mereka telah berdukacita terhadap keputusan ini.

2.    Setelah itu beliau berkata lagi, “Di samping apa yang kami dengar pada                19 Ramadan di Mekkah Al-Mukarramah tentang projek-projek meluaskan kedua Masjid Tanah Suci dan projek-projek mega yang lain.”

Saya katakan, apa yang mendukacitakan adalah; projek-projek pembaharuan ini yang tentunya telah menggembirakan semua orang Islam, telah disebut kemudian dalam surat Syeikh Al-Qardhawi ini dan bukan di permulannya. Ini menyebabkannya menjadi  perkara sampingan sahaja dan bukan perkara pokok dalam surat ini.

Walhal, banyak pembaharuan-pembaharuan lain telahpun dilakukan oleh Khadam Dua Masjid Suci sejak beberapa tahun yang lepas. Antara yang paling penting adalah pembukaan universiti-universiti di semua wilayah Negara dan di beberapa bandarnya untuk memudahkan para pelajarnya melanjutkan pelajaran mereka tanpa perlu bermusafir. Malangnya, Syeikh Al-Qardhawi tidakpun menyebutkan tentang pembaharuan-pembaharuan ini.

3.    Katanya, “Dengan saya mengutuskan ucapan tahniahku ini di samping merakamkan perasaan gembira dan penghargaan saya terhadap keputusan-keputusan Tuanku, saya memohon daripada Allah agar negara Tuanku menjadi sebaik-baik negara dan Tuanku menjadi sebaik-baik hambaNya di samping agar dibenarkan wanita di negara Tuanku memandu kereta serta memilikinya mengikut lunas-lunas Syariat sepertimana di negara-negara Islam yang lain.”

Saya katakan, beliau merakamkan kegembiraannya sepertimana kegembiraan orang-orang lain secara amnya yang beliau nyatakan dalam perenggan pertama. Adapun saya, demi Allah yang Maha Mengetahui, saya telah merasa terkejut apabila mendengar berita ini dan merasa teramat sedih. Saya telah memohon agar Allah menjaga Negara Dua Tanah Suci ini – Kerajaan dan Rakyatnya – daripada segala keburukan serta diberikan petunjukNya kepada semua kebaikan. Lebih memburukkan, beliau menyatakan harapannya agar wanita dapat memandu kereta di negara ini sejajar dengan Syariat sepertimana di negara-negara Islam yang lain.

Adakah Syeikh Al-Qardhawi mahu agar wanita di Mekkah, Madinah dan tempat-tempat lain di Negara Dua Tanah Suci menjadi seperti wanita di negara-negara lain?

Beliau tahu bahawa wanita Mesir yang pertama membuka penutup wajahnya adalah Huda Sya’rawi pada kurun yang lepas. Barangkali beliau juga tahu bahawa wanita yang pertama sekali membuka penutup wajahnya di Syria adalah seorang penolong pengetua sekolah menengah, juga pada kurun yang lepas.

Perkara ini diceritakan oleh Syeikh Ali Al-Tantawi rahimahullah dalam bukunya ‘Zikrayaati’ (5/226). Setelah berpuluh-puluh tahun berlalu, kita dapati wanita di Mesir dan Syria kini hidup dalam zaman jahiliah yang baru di mana mereka telahpun keluar daripada rumah mereka dalam keadaan memperagakan kecantikan dan perhiasan mereka. Keadaan ini jauh lebih teruk daripada keadaan pada zaman jahiliah dahulu yang mana Allah telah berfirman, “Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliah yang dahulu” (Al-Ahzaab, 33).

Adapun lunas-lunas Syariat yang disebutkan oleh Syeikh Al-Qardhawi dan yang sering disebut-sebut oleh pengikut-pengikut Barat, ia tidak akan menjadi lebih daripada dakwat di atas kertas tatkala kebebasan dan keruntuhan akhlak itu berleluasa.

4.    Katanya, “Sesungguhnya apa yang haram adalah yang diharamkan oleh Allah dalam KitabNya atau yang dinyatakan oleh NabiNya dalam nas yang jelas. Apa yang halal pun begitu. Dan hukum asal bagi perkara-perkara dunia adalah halal selagi tidak ada nas yang jelas mengharamkannya.”

Saya katakan, umum mengetahui bahawa Syariat Allah telah sempurna. Ia meliputi semua yang diperlukan oleh manusia. Hal ini sejajar dengan keumuman nas-nas Syarak dan kaedah-kaedahnya.

Dalam Sahih Bukhari (Hadis no. 5598) Abu Al-Juwairiyah berkata: Aku bertanya Ibnu Abbas tentang Al-Baziq. Dia menjawab: Muhammad sallalahu alaihi wasallam telahpun menyebutkan bahawa apa yang memabukkan adalah haram. Kata Abu Al-Juwairiyah, “Bagaimana dengan minuman halal yang baik? Jawab Ibnu Abbas: Tidak ada sesudah yang halal lagi baik melainkan yang haram lagi buruk.

Al-Baziq adalah sejenis minuman yang tidak ada pada zaman Rasulullah sallalahu alaihi wasallam. Tetapi apa yang disebut oleh Rasulullah sallalahu alaihi wasallam merangkuminya sebagaimana dalam sabda Baginda, “Apa yang memabukkan adalah haram.” Keumuman Hadis ini menunjukkan bahawa semua yang memabukkan pada zaman Baginda sallalahu alaihi wasallam ataupun yang wujud sesudah zaman Baginda – sama ada yang cecair mahupun yang pepejal – adalah haram. Adapun yang tidak memabukkan maka ia kekal halal.       

Antara kaedah-kaedah Syarak yang umum mengetahuinya adalah kaedah: Menutup Segala Pintu yang Membawa kepada yang Haram. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah telah menyenaraikan dalam kitabnya ‘Bayan Al-Dalil ‘Ala Butlaan Al-Tahliil’ (hlm. 283) 30 dalil yang menyokong kaedah ini.

Ibnu Al-Qayyim pula dalam kitabnya ‘I’laam Al-Muwaqqa’in’ (3/149-171) telah menyebutnya sampai 99 dalil. Antaranya, beliau menyebut:

“Dalil Kesebelas: Rasulullah sallalahu alaihi wasallam telah mengharamkan bagi lelaki dan perempuan yang bukan mahram untuk berdua-duaan walaupun untuk membaca Al-Quran atau bermusafir untuk mengerjakan haji atau menziarahi kedua orang tua demi untuk menutup pintu fitnah dan syahwat. Dalil Kedua Belas: Allah memerintahkan supaya menjaga pandangan mata walaupun untuk melihat kecantikan ciptaan Allah serta bertafakur dalam melihat ciptaan Allah. Ini bagi menutup pintu syahwat yang akan mendorong kepada apa yang haram."

Kata Ibnu Al-Qayyim lagi:

"Dalil Kelima Puluh Tujuh: Syarak melarang wanita yang keluar ke masjid untuk memakai wangi-wangian bagi mengelakkan kaum lelaki daripada tertarik kepada mereka. Ini kerana wangi-wangian, perhiasan dan kecantikan wanita yang diperagakan menjadi daya penarik buat mereka. Maka Syarak menyuruh supaya mereka keluar dalam keadaan tidak berhias dan tidak memakai wangi-wangian. Di samping itu mereka hendaklah berdiri di belakang kaum lelaki dan tidak bertasbih dalam solat sekiranya imam tersalah. Cukup untuk mereka menepuk dengan telapak tangan mereka. Semua ini adalah untuk menutup pintu-pintu kemungkaran serta mengelak daripada kerosakan."

Saya telahpun menulis satu risalah yang bertajuk "Menutup Pintu-Pintu yang Membawa Kepada Perkara-Perkara Haram serta Menumpaskan Hawa Nafsu Mereka yang Ingin Meruntuhkan Akhlak Wanita kerana Menurut Syahwat Mereka" yang disiarkan pada 14.11.1431H.

Sesungguhnya membenarkan wanita memandu kereta akan membuka ruang kepada mereka untuk memandunya pada bila-bila masa; siang dan malam, bertemu dan bergaul dengan sesiapa sahaja yang mereka mahu, bermusafir tanpa mahram dan keburukan-keburukan yang lain.

Untuk menjelaskan perkara ini saya telah menulis satu risalah yang bertajuk "Kenapa Wanita Tidak Memandu Kereta di Arab Saudi?!" Dalam risalah ini saya telah sisipkan kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan dan fatwa kedua Syeikh yang agong Abdul Aziz bin Baz dan Muhammad bin Uthaimin rahimahumallah yang melarang wanita memandu.

Kedua mereka adalah antara Ulama Rabbaniyyin yang hati kita merasa yakin untuk menerima fatwa mereka. Fatwa mereka lebih patut diterima berbanding dengan kata-kata Al-Qardhawi dan yang seangkatan dengannya. Dalam perkara ini juga saya telah menulis satu risalah bertajuk "Gejala Wanita Memandu Kereta akan Membawa Kepada Keruntuhan Akhlaknya" yang disiarkan pada 08.07.1430H.

5.    Memandangkan surat Syeikh Al-Qardhawi telah mendapat sambutan di Dewan DiRaja (Arab Saudi – pent), maka sanggahan terhadapnya terpaksa disiarkan dengan segara dan ia telahpun disiarkan di laman-laman web.

Adapun kelapan-lapan risalahku yang telah diutuskan kepada Khadam Dua Masjid Suci – semoga Allah memelihara Tuanku – berkenaan keruntuhan akhlak wanita yang mana saya telah mengisyaratkan kepadanya dalam risalahku ‘Petunjuk Allah Adalah Petunjuk yang Sebenarnya, Maka Tidaklah Sesudah yang Hak Melainkan Kebatilan Wahai Pengikut Barat’ pada 19.12.1432H, saya tidak mengetahui apa kesudahannya dan apa tindakan yang telah diambil terhadapnya di Dewan DiRaja. Hanya kepada Allah kita berserah dan kepadanya kita mengadu.

6.    Syeikh Al-Qardhawi terdiri daripada kalangan ulama Ikhwan Muslimin yang mana pengasasnya Syeikh Hasan Al-Banna rahimahullah dalam kenyataannya kepada pengikutnya telah berkata, “Manusia lebih patut untuk menyertai dakwah kamu dan bukan kamu menyertai mereka..… ini kerana ia telah menghimpunkan segala kebaikan manakala selain daripadanya tidak akan terselamat daripada kekurangan” (Muzakkirat Al-Dakwah Wa Al-Da’iyah, hlm. 232, cetakan Dar Al-Syihab).

Kata Al-Banna lagi, “Kedudukan kami terhadap (kumpulan) dakwah-dakwah lain yang berbeza pada zaman sekarang - yang telah memecah-belahkan hati (umat) dan mengelirukan fikiran (umat) - adalah dengan kami membandingkan dakwah mereka dengan dakwah kami. Apa yang sama kami alu-alukan dan apa yang berbeza kami berlepas diri daripadanya. Kami percaya bahawa dakwah kami merangkumi segala-galanya. Tiada apa jua bahagian baik pada dakwah-dakwah lain melainkan dakwah kami telah merangkuminya atau memberi isyarat kepadanya” (Majmu’at Rasaa’il Hasan Al-Banna, hlm. 240, cetakan Dar Al-Dakwah, tahun 1411H).

Berdasarkan kata-kata pengasas Ikhwan Muslimin ini yang telah berlepas diri daripada semua dakwah lain yang berbeza dengannya, maka tidak ada persamaan antara dakwah Ikhwan Muslimin dan dakwah Salafi yang menjadi tunjang kepada tertegaknya negara Arab Saudi berpandukan Al-Quran dan Sunnah sejajar dengan pemahaman Salaf Al-Soleh.

Walaupun tumpuan Ikhwan Muslimin adalah untuk mencapai tampok pemerintahan, tetapi sehingga kini matlamat mereka belum tercapai. Berbeza dengan negara Arab Saudi yang telah diasaskan oleh Imam Muhammad bin Saud dengan bantuan Imam Muhammad bin Abdul Wahab rahimahumallah sejak hampir tiga ratus tahun dahulu.

Sungguh, apa yang tidak bermanfaat akan kering dan hilang manakala apa yang bermanfaat buat manusia akan terus kekal. Adapun dakwah Ikhwan Muslimin, setakat yang saya tahu mereka tidak mempedulikan golongan yang menyembah kubur, berdoa kepadanya, meminta hajat dan bantuan daripadanya. Begitu juga dengan Jemaah Tabligh, cuma mereka tidak mengajak kepada keruntuhan akhlak wanita.

7.    Demonstrasi-demonstrasi yang berlaku di sesetengah negara Arab pada tahun ini telah menggembirakan jemaah Ikhwan Muslimin di mana majlis fatwa mereka di Mesir telah menyatakan sokongannya dalam satu fatwa yang dikeluarkan. Syeikh Al-Qardhawi termasuk di kalangan mereka yang menyokong fatwa ini. Fatwa mereka ini telahpun disanggah oleh Dr. Abdul Aziz Al-Saeed dalam kitab beliau ‘Al-Naqd ‘Ala Mujawwizi Al-Mudhaharaat wa Al-I’itisamaat’.

Walaubagaimanapun, ketika berlakunya demonstrasi-demonstrasi ini, pengikut-pengikut Barat di Arab Saudi telah mengatur rancangan jahat mereka. Mereka telah menulis risalah-risalah mereka yang melaungkan agar langkah-langkah penambahbaikan yang sesuai dengan hawa nafsu mereka diambil di Negara Dua Tanah Suci ini.

Antaranya, mereka meminta agar perlembagaan negara ditukar menjadi mirip perlembagaan negara British! Terdapat juga mereka yang mengajak kepada keruntuhan akhlak wanita. Antara tulisan mereka adalah sebuah warkah buat Khadam Dua Masjid Suci yang bertajuk ‘Ke Arah Sebuah Negara yang Menjaga Hak-Hak Rakyatnya’. Antara mereka yang menandatangani warkah ini adalah sahabat Syeikh Al-Qardhawi di Persatuan Ulama Islam Antarabangsa – kononnya. Beliau juga pemilik laman web Islam today.

Saya melihat bahawa Syeikh Al-Qardhawi lebih patut menyatakan sokongan beliau dalam hal ini daripada menulis tentang hal-ehwal wanita. Saya telah menulis dua rencana tentang perkara ini yang bertajuk ‘Bahaya Melakukan Kerosakan di Bumi Dua Tanah Suci’ dan ‘Antara Mereka yang Paling Banyak Melakukan Kerosakan di Bumi Dua Tanah Suci Adalah Turiki Al-Hamad’ yang disiarkan pada                                  3 dan 4 Rabiul Thani 1432H.

Saya juga telah menulis sebuah rencana yang bertajuk ‘Peristiwa-Peristiwa Mutakhir Ini Telah Menjadi Petunjuk Kepada Pemerintah Negara Dua Tanah Suci Untuk Membezakan Antara Penasihat dan Pendusta, Sahabat dan Lawan’ yang disiarkan pada 30.06.1432H

Akhir kata, saya menasihati Syeikh Al-Qardhawi agar bertakwa kepada Allah terhadap dirinya dan juga orang lain yang mengikuti beliau. Hendaklah beliau berusaha ke arah menjaga akhlak kaum wanita dan mengelak daripada mengeluarkan fatwa atau kata-kata yang boleh membawa mudarat kepada orang lain. Akhirnya mudarat itu akan kembali kepada beliau juga di dunia dan akhirat.

Saya memohon agar Allah subhanahu wata’ala memberikan petunjukNya kepada kita, beliau dan seluruh penuntut ilmu dalam memperoleh ilmu yang bermanfaat dan amal yang soleh. Semoga Allah memelihara kita daripada ilmu yang tidak bermanfaat yang akan menjadi hujjah ke atas tuannya.

Saya juga memohon agar Allah memberikan petunjukNya kepada negara ini dan semua negara Islam yang lain dalam mengecapi segala kebaikan dan menghindari segala kejahatan. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar yang Memperkenankan Doa HambaNya.     

وصلى الله وسلم وبارك على عبد ه ورسوله نبينا محمد وعلى آله وصحبه .

ABDUL MOHSIN BIN HAMAD AL-ABBAD AL-BADAR
(Ulama Besar Madinah Al-Nabawiyyah,
Pengajar di Masjid Al-Nabawi dan
Bekas Rector Universiti Islam Madinah, Arab Saudi - Pent)

27.12.1432H / 23.11.2011          

gravatar

SEMINAR GERAKAN TERORISMA, TAKFIR DAN JIHAD DALAM ISLAM







SEMINAR GERAKAN TERORISMA, TAKFIR DAN JIHAD DALAM ISLAM


Jemputan ke Wacana yang MANTAP..!!! Jangan lepaskan peluang untuk berkongsi dan menimba ilmu dari panel² jemputan yang juga MANTAP² belaka. Panel² yang dijemput adalah seperti:


1. Dr Azwira Abdul Aziz - UKM juga Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis
2. Dr Fadhlan Othman - UKM juga Aktivis Ilmuan Muda UMNO (ILMU)
3. Prof Madya Dr Sulaiman Noordin - Mantan Pengarah Pusat Pengajian Umum, UKM
4. Ustaz Idris Sulaiman - Penyelidik di kedutaan Arab Saudi
5. Ustaz Fathul Bari Mat Jahya - Aktivis Ilmuan Muda UMNO (ILMU)


Facebook Event: https://www.facebook.com/event.php?eid=295260990484568


Tarikh: 27/11/2011
Masa: 8:00AM - 5:00PM
Lokasi: Memorial Tun Hussein Onn, Kuala Lumpur
Map: http://goo.gl/R2bDz


Tarikh Tutup Pendaftaran: 24/11/2011, Khamis
bayar semasa pndftrn
Pelajar: RM5
Bukan Pelajar: RM15
*terhad 200 org peserta sahaja


Untuk Pendaftaran Sila Hubungi:
1. Muhamad Syazwan Faid +6013-9360395
2. Norfaezah Hatta +6014-5121685


Tentatif program:


8.00AM - Pendaftaran
9.00AM - Pembentangan 1
(Terrorisme dan akibatnya oleh Dr Azwira Abdul Aziz)


10.30AMi - Pembentangan 2
(Takfir: Hukum-hakam dan syaratnya oleh Ust Idris bin Sulaiman)


12.00PM - Pembentangan 3
(9/11: Operasi menakluk dunia oleh Dr.Sulaiman Nordin)


1.00 Petang - Rehat


2.00-3.30PM - Pembentangan 4
(Jihad menurut syarak oleh Dr.Fadhlan bin Mohd Othman)


3.30-5.00PM - Pembentangan 5
(Kumpulan-kumpulan Khawarij Kontemporari oleh Ust Fathul Bari bin Mat Jahya)


5.00PM - Majlis bersurai