Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sebelum ini saya menolak sumbangan atau infaq dari ramai sahabat di atas beberapa sebab peribadi. Setelah menemui dan berbicara dengan beberapa ilmuan, saya telah mendapat jawapan dan kata putus berkenaan menerima infaq dari orang ramai bagi tujuan menyebarkan dakwah salafi ini. Antara ciri² yang mesti saya periksa adalah seperti berikut:

-sumber yang halal
-tiada agenda tersembunyi
-tidak terikat dengan syarat² tertentu
-berbentuk wang sahaja (akan dihuraikan di bawah)
-syarat akan ditambah jika perlu


Syarat² di atas sangat penting kerana bagi mengelak berlakunya salah faham di kemudian hari. Saya boleh meneruskan kerja² merakam dan membantu ustaz² salafi kita apa yang termampu dengan hasil yang saya ada sekarang tapi sumbangan dari orang ramai juga sangat² membantu dalam meningkatkan qualiti atau menampung di mana yang perlu.

Sumbangan juga adalah dalam berbentuk wang sahaja kerana jika ada sahabat yang ingin menyumbang kamera, saya boleh terima cuma menjadi masalah jika sampai tiga orang nak bagi kamera. Kamera jadi banyak dan mungkin ia satu pembaziran. Saya tahu ada sahabat nak bagi kamera sebab saya rakam guna handphone je. Handphone pun, HD jugak tu.. asal ada.. jadik la.. ^__^ . Oleh itu, sumbangan dalam bentuk wang sangat adalah sangat praktikal. Saya akan kumpulkan dan wang terkumpul saya akan beli atau salurkan kepada butir dibawah:

01. Beli Camcoder atau Videocam (tak tau istilah mana yg lebih tepat). Mungkin beli yg lebih berqualiti
(sudah ada, ok kot. cuma tak boleh duduk jauh. kalau jauh gambar tak cantik)

02. Upgrade PC, RAM, HDD, CD/DVD Burner, Monitor (sekarang tak guna monitor, cucuk kat TV. Buka pc tak bole bukak TV, Buka TV tak boleh buka PC)

03. Beli laptop untuk mudah dibawa ke mana², live streaming, Paltalk - laptop rosak

04. Webcam untuk live streaming - buat masa ni pinjam sahabat lain punye. itupun jika dia dtg kuliah
(sudah ada, sampai terlebih. sebab tu saya prefer duit, supaya tak membazir)

05. UNIFI = RM150 sebulan
06. Broadband = RMtaktau untuk live streaming - buat masa ni pinjam sahabat lain punye. itupun jika dia dtg kuliah

07. Bayar duit elektrik (semenjak 2 menjak main video ni, electric makin tinggi pula bil)
08. Website - beli domain dan blog template yg lebih menarik mungkin
09. Sediakan kelengkapan untuk sahabat lain yg sukarela untuk merakam
10. salur pada sahabat atau ustaz² lain yg juga menyebarkan dakwah salaf

Tambahan:

Dan saya juga ada plan beberapa perancangan untuk masa hadapan. Perancangan ini juga bergantung kepada kelengkapan peralatan yang saya miliki nanti. Akan datang saya tetap akan upload video kuliah seperti biasa dan dalam masa yang sama saya juga akan jual CD atau DVD bergantung kepada request orang ramai. Cuma buat masa ini saya tidak ada kelengkapan peralatan dan modal yang cukup untuk burn CD atau DVD. Hasil penjualan CD atau DVD nanti akan dikumpulkan untuk disalurkan seperti butir di atas.

Jadi, saya memohon kepada sesiapa yang ingin menyumbang bersetuju dengan syarat yg saya telah tetapkan supaya seperti yg telah terangkan di atas iaitu mengelak berlaku salah faham di kemudian hari. Permintaan terakhir saya, jika tidak keberatan, sila nyatakan berapa RM yang ingin disumbangkan supaya saya dapat asingkan wang tersebut. Saya ada satu akaun sahaja yg aktif. Lain semua tak aktif. Khuatir terguna wang tersebut untuk keperluan peribadi.

Sekian, wassalam
_____________________________________

Butir akaun:

Nama: Abdul Rahman Abdollah
No Tel: 010-2215245
Email: abuaqif@gmail.com
Maybank: 361145008636
Maybank Swift Code: MBBEMYKLMAL
Branch: JASIN

Melalui PayPal:
 
Abu Aqif Blog © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger

Top