Promosi Kutipan Dana Untuk Radio Hang
Makan Malam Amal Bersama Ustaz Hakim Abdat







Bismillahirrahmaanirrahim..

إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية أو علم ينتفع به من بعده , أو ولد صالح يدعو له

"Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, SEDEKAH JARIAH, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya." (Hadis Riwayat Muslim)
_____________________________________

Assalamualaikum..

Dijemput semua hadir ke Majlis Makan Malam Amal bersama Ustaz Hakim Abdat, seorang masyeikh terkenal dari Indonesia. Beliau akan menyampaian Kuliah bertajuk 'As-Sunnah Dijunjung, As-Salaf Disanjung.

Majlis ini adalah anjuran GASUMA Bhd, bertujuan mengutip dana bagi membantu sebuah Stesen Radio Sunnah dari Indonesia, iaitu Radio HANG fm. Butir-butir majlis adalah seperti berikut:

Tarikh: Ahad, 16 Oktober 2011
Masa: 7.00 - 11.00 malam
Tempat: Grand Ballroom, Tingkat 1, Sime Darby Convention Centre, 1A, Jalan Bukit Kiara 1, 60000 Kuala Lumpur

Yuran Meja:
1. Meja VVIP (10 orang) = RM 10,000 semeja
2. Meja VIP (10 orang) = RM 5,000 semeja
3. Meja Lain (10 orang) = RM 2,000 semeja

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

Burhan - 012 218 2337
Zuliana - 012 281 1265
Shamsia - 012 295 4064
Zahariah - 012 307 6703
Nik Md Yusof - 012 432 6703

Sesiapa yang ingin tahu lebih lanjut mengenai Radio HANG fm boleh layari lawan web ini: http://www.hang106.or.id/

Lihat Video Promosi:

Promosi dari Ustaz Rasul Dahri
http://www.youtube.com/watch?v=5GmllX2gKOU

Promosi dari Ustaz Fathul Bari
http://www.youtube.com/watch?v=w4iKUlyQO5A

Jika anda tidak berkelapangan, boleh sahaja menyumbang dan kami akan mencari pelajar-pelajar untuk menghadiri majlis kutipan ini supaya mereka boleh mengutip ilmu dari masyeikh terkenal ini.

إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية أو علم ينتفع به من بعده , أو ولد صالح يدعو له

"Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali tiga perkara, SEDEKAH JARIAH, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh yang mendoakan kepadanya." (Hadis Riwayat Muslim)

Semoga dengan cara sumbangan ini, ia dapat menjadi sedekah jariah yang berpanjangan untuk dihadapkan kepada Allah kelak. Berbahagialah bagi orang yang dilapangkan rezkinya dan berinfaq ke jalan Allah:

Dari Abu Hurairah radhiallahu anhu dia berkata: Seorang laki-laki mendatangi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan bertanya, “Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?” Maka beliau menjawab:

أَنْ تَصَدَّقَ وَأَنْتَ صَحِيحٌ شَحِيحٌ تَخْشَى الْفَقْرَ وَتَأْمُلُ الْغِنَى وَلَا تُمْهِلَ حَتَّى إِذَا بَلَغَتْ الْحُلْقُومَ قُلْتَ لِفُلَانٍ كَذَا وَلِفُلَانٍ كَذَا أَلَا وَقَدْ كَانَ لِفُلَانٍ

“Yaitu kamu bersedekah saat sehat, kikir, takut miskin, dan kamu berangan-angan untuk menjadi hartawan yang kaya raya. Dan janganlah kamu menunda sedekah, hingga nyawamu sampai di tenggorokan, barulah kamu berkata, “Ini untuk si fulan dan ini untuk fulan. Dan ingatlah, bahwa harta itu memang untuk si fulan.” (HR. Al-Bukhari no. 1419 dan Muslim no. 1713)

Sekian, Terima Kasih.

0 comments:

Post a Comment

 
Abu Aqif Blog © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger

Top